Saturday, September 14, 2013

Mentor dan Sistem

Menurut Dr.Azizan, formula utk berjaya dlm perniagaan kena ada MESTI.

M = mentor
E = elmu
S = sistem 
T = tindakan
I = impian

Sy nak highlight tentang MENTOR & SISTEM. 

Mentor adalah guru atau orang yg pakar, dah ada pengalaman & boleh tunjukkan jalan pada kita. 

Sistem adalah sistem yg boleh diikuti & terbukti berjaya. 

Dalam Shaklee, kedua-duanya dah ada. 

Anda ada mentor yg hebat & juga sistem yg hebat. 

Ikut saja langkah mentor anda. Duplicate! dan anda juga akan berjaya, insya Allah.

Nak Rezeki yang Banyak?

Kita nak rezeki yg banyak... maka kena berbaik2 dgn Tuan Punya rezeki... Dia Pemilik semua yg ada di atas muka bumi ni.. bukan atas bumi jer la, di langit dan di bumi...

Bertaqwa & bertawakkal kepada-Nya... itu janji-Nya.

Allah SWT berfirman yg bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (yakni keperluannya)." (Surah At-Talaq: 2-3)

Jawatan yang Tidak Terhad dalam Shaklee

Kalau kita kerja kat mana2 pun, jawatan adalah terhad. Contohnya ada seorg saja pengurus pemasaran dlm 1 syarikat, ada seorg saja pengurus projek, ada seorg saja pengurus akaun, ada seorg saja pengarah dlm satu2 jabatan kerajaan, ada sorg saja timbalan pengarah dan sebagainya.

Apa yg sy suka dlm Shaklee.. apabila anda layak, anda terus naik rank.. Takde siapa boleh halang dan 'jawatan-jawatan' itu adalah TAK TERHAD.. berapa orang pun... 

TAK TERHAD kpd 100 orang coordinator, 50 orang key coordinator... mahupun, TAK PERNAH ADA HAD 10 orang saja Master Coordinator. Sampai beratus, beratus la Master Coordinator.. kalau beribu, beribu la  

Malah kita boleh jadi pengurus/ pengarah urusan/ pengasas/ CEO kpd company kita sendiri & ini dah dibuktikan...!!

Anda layak, anda dinaikkan pangkat. Automatik pulak tu. Tak perlu bersaing atau berebut pangkat dgn siapa saja & tak ada siapa boleh jatuhkan anda..!!!

Antara Ikhtiar dan Penyelesaian

Segala mcm ubat mahupun penawar yg ada di dunia ini, termasuklah suplemen & makanan kesihatan adalah IKHTIAR... bukan penyelesaian.

Penyelesaian kita yg sebenar sbg orang Islam adalah SABAR dan SOLAT.

Maksud sy, dlm kita mencari/ mengambil jalan penyelesaian utk apapun masalah kesihatan kita, mengambil apapun ubat & penawar.. jgn kita lupa bahawa jalan penyelesaian no.1 adalah SABAR & SOLAT.

”Dan mintalah pertolongan (kepada) Allah dengan sabar dan solat. Dan sesungguhhya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb-nya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya” (Al-Baqarah : 45-46)

*dlm apapun masalah & kesukaran yg kita hadapi.. formulanya adalah sama, sabar & solat.

Segalanya Bermula dengan Langkah yang Pertama

Sebuah empayar yg besar tidak dibina dalam masa sehari.

Sebuah tamadun yg gemilang tidak dibina dalam masa sehari.


Sebuah keluarga yg besar juga tidak terjadi dalam masa sehari.

Kita sendiri dulu pun asalnya tak boleh berjalan...


Kita boleh berjalan hari ini kerana kita tidak pernah putus asa utk bangun semula apabila

kita jatuh dulu. Jatuh bangun lagi, jatuh bangun lagi. Sampai kita boleh berlari.



Semuanya bermula drp langkah yg pertama. 


Tanpa langkah yg pertama, tiadalah yg ke-1000.


Jom mendaki ke puncak!

Tiada Risiko dengan Shaklee

Sy ada pengalaman bisnes online dari 2009.

Berbisnes dgn menyimpan stok yg byk.. mmg simpan stok la.. beribu2 (ringgit) nilai stok di tangan.

Ada pengalaman berurusan dgn local suppliers & pernah ambil direct dari China. Pejam mata buat payment setelah berurusan dgn supplier hanya melalui email! 

Ada juga pengalaman jadi dropshipper dgn para suppliers/ penyedia biz dropship.

Buat preorder dgn keluarkan modal sendiri ribu2 pun pernah... semua risiko pernah sy ambil!!

kerana sedikit pengalaman yg ada itulah SY SUKA SHAKLEE... takyah keluarkan modal yg besar, malah tanpa keluar modal pun boleh!!

HAMPIR TIADA RISIKO dgn SHAKLEE... hanya berbekalkan RM75 utk register sbg distributor, kita tentukan sendiri berapa yg kita mahu setiap bulan!!!

Shaklee & Leadership

Dalam Shaklee kalau nak berjaya kita TERPAKSA jadi LEADER yg hebat. Leader yg hebat melahirkan lebih ramai leader, NOT JUST FOLLOWERS.

Seorang leader tidak dilahirkan dalam masa sehari. Untuk jadi leader yg hebat, seseorang itu juga harus berhasil MEMIMPIN DIRINYA SENDIRI sblm dapat memimpin orang lain. Inilah nilai yg sangat besar yg dapat sy pelajari dlm SHAKLEE.

Masakan ibu ketam dapat mengajar anaknya berjalan betul, kalau ia sendiri tak betul berjalan...

Macamana nak suruh anak2 buah solat Dhuha, amalkan zikir kalau kita sendiri FAIL?